Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari bin Tun Abg Haji Openg telah menerima kunjungan hormat oleh YB Dato Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia bertempat di Bilik Mengunggu Borneo Convention Centre Kuching.
Kunjungan tersebut adalah secara umum berbincang perkembangan Pendidikan Malaysia masa kini dan perkembangan Pendidikan di Sarawak khususnya
Seterusnya, perbincangan perancangan masa depan dan plan pembinaan jangka panjang pendidikan tinggi baharu bagi tahun 2026 hingga 2035 nanti.